Mari kita membaca,, Ilmu hadis pegangan bersama,, Tidak memgira usia tua dan muda,, Dalami lah ilmu agama terlaksana..
Friday, September 3, 2010
Ulum Al Hadith
Pengembaraan Untuk Mendapatkan Hadis
Secara ilmiah hadis mempunyai sejarah tersendiri yang melalui proses serta peringkat-peringkatnya tersendiri.Ilmu hadis telah digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w,namun ia tidak dibukukan secara rasmi.
Selepas kewafatan Nabi Muhamad s.a.w,para Sahabat berijtihad dengan menggunakan kaedah tertentu untuk mengumpulkan hadis yang perawinya tinggal di merata tempat.Ia adalah salah satu cara untuk menjaga hadis daripada hilang dan bermacam kesulitan.
Melalui penelitian terhadap sejarah Ilmu Hadis,dapatlah kita mengetahui sumbangan ulama hadis dalam dunia periwayatan yang telah digunapakai oleh ulama,sarjana dan cendekiawan diseluruh dunia.Bukan itu sahaja malah,para Sahabat,Tabiin,Tabi’ al-Tabiin,perawi seterusnya dan Ahli Hadis mempunyai metodologi khusus yang sistematik dalam menangani sesebuah riwayat agar ia tetap terjaga ,tidak hilang atau eksploitasi dari pihak-pihak yang menolak hadis.
Disamping menjaga keaslian sesebuah hadis,mengenepikan hadis-hadis yang dusta atau tidak benar dari bercampur dengan hadis-hadis yang sahih dan benar.
Hadis dimulakan pengumpulan dan penulisan ,disebabkan ia dijadikan sumber rujukan oleh para sarjana,masyarakat Islam serta sesiapa sahaja yang memperolehi dan menjadikannya sebagai hujah dan sumber dalam semua bidang.
Hikmah yang pertama,mengukuhkan hokum Alquran.Pada zaman Rasulullullah ,semua jenis ilmu yang didapati telah dihafaz.Sebaik sahaja Rasul menerima wahyu,berupa ayat-ayat Alquran,hadis-hadis Baginda semua segera dihafaz dan dicatat oleh penulis wahyu Rasulullah ,namun berlainan dengan hadis.
Bukti catatan zaman Nabi Muhamad s.a.w,terdapat Sahifah atau lembaran yang mengandungi hadis ditulis pada zaman Rasul.Antara sahifah yang paling terkenal iaitu al-sahifah al-sadiqah yang ditulis oleh Abd Allah bin Amru bin Al’As .Di dalamnya mengandungi 1000 buah hadis Rasul.Hadis riwayat beliau telah diriwayatkan oleh cucunya bernama Amru b.Syuib.
Sahifah ini dengan tulisan beliau sendiri tidak dapat dilihat pada hari ini,namun kandungannya telah dimuatkan oleh imam Ahmad dalam Musnadnya di bawah kategori Musnad Abd Allah bin Amru b Al-As melalui jalan sanad Amru bin Syu’ayb daripada ayahnya daripada datuknya.
Terdapat juga surat-surat perjanjian yang dimeterai dengan orang-orang bukan Islam seperti ,Perjanjian Hudaybiah,Perjanjian Tabuk,lainnya.Abu Bakar juga telah mengutus surat kepada Anas bin Malik mengenai zakat yang ditetapkan oleh Rasul Allah yang mana surat itu di cop dengan cincin Baginda s.a.w.
Berikutan ada ayat-ayat yang tidak diterangkan secara detail,hadis menjadi pengukuh bagi sesebuah ayat Alquran.Ia juga berfungsi sebagai pentafsir Alquran dalam berbagai-bagai ayat yang perlu di huraikan.
Pengembaraan hadis bermula di satu pelusuk tempat yang dinamakan Al-Madinah al-Munawwarah yang terkenal sebagai Dar al-Sunnah yang Rasulullah s.a.w sendiri amat mengagungkannya,terletak antara dua kawasan berbatu hitam dan disitulah lahir dan berkembangnya hadis.
Hadis mula tersebar dengan berbagai cara,para tabiin memberi tumpuan ketika para sahabat membaca hadis.Ramai para perawi yang mengembara selepas menunaikan haji,mereka menyambung perjalanan menuju ke Al-Madinah untuk mendengar sendiri hadis-hadis tersebut.
Semakin lama imam mujtahid tidak menganggap salah terhadap pengakuan mereka untuk mendengar hadis daripada ulama Hijaz,selepas menunaikan ibadat haji di Baitullah.Ulama Hijaz disini ialah Ulama’Al-Madinah yang thiqah dan dhabit.
Memang benar dan jelas pada awal perkembangan hadis ,penduduk Al-Madinah yang banyak meriwayatkan sunnah Rasulullah s.a.w.Kebanyakan hadis yang diriwayatkan mulanya masyhur di al-Madinah.
Sebenarnya mendapatkan ilmu hadis dari mulut ke mulut telah bermula pada abad pertama lagi ,seorang sahabat Abu Al-Darda yang mulia pernah berkata dengan maksud:”Sekiranya aku sukar untuk mengingati satu ayat Al-Quran dan didapati tidak ada seorang pun yang boleh menolong aku dalam hal ini melainkan seorang lelaki yang tinggal di Bark al-Ghimad,sudah pasti aku akan musafir untuk berjumpa dengannya.
Seorang sahabat alim,Jabir bin ‘Abdullah (78 Hijrah) pernah membeli seekor unta dan mengikat segala keperluan pengembaraan selama sebulan sehingga ke negeri Syam,semata-mata untuk bertanya kepada Abdullah bin Unais tentang hadis yang membincangkan hal yang berhubung dengan qisas.Mengembara semata-mata untuk mendapat sebuah hadis merupakan perkara biasa bagi sebilangan ahli salaf.
Sa’id bin Al-Musaiyab (105 Hijrah) pernah berkata maksudnya:”Walaupun aku terpaksa mengembara siang dan malam untuk mendapatkan sebuah hadis sahaja.”Abu Qulabah (104 Hijrah) pernah berkata,maksudnya :”Sebenarnya aku tinggal di al-Madinah selama tiga hari hanya semata-mata menunggu ketibaan seorang lelaki yang memiliki sebuah hadis agar aku dapat mendengar hadis berkenaan daripada beliau sendiri.”
Terdapat satu riwayat daripada Makhul (112 Hijrah) yang boleh dijadikan bukti tentang perkara ini kerana ada yang menganggapnya tidak begitu penting sedangkan agung di sisi Allah s.w.t .Kata –kata Makhul itu seperti berikut:Aku tinggal di Mesir sebagai seorang hamba kepada seorang wanita Bani Huzail yang telah membebaskan aku.Aku tidak akan keluar dari Mesir selagi ilmunya masih ada melainkan sesudah aku mengumpulkannya mengikut apa yang diberitahu.Setelah itu aku menjelajah ke Syam setelah ke beberapa tempat.Di Syam aku bertanya tentang nafal sembahyang sunat.
Tiada seorang pun yang menceritakan kepada ku sesuatu berhubung dengan hal ini,sehingga aku bertemu dengan seorang sheikh yang bernama Ziad bin Jariah al-Tamimi,yang menerangkan padaku tentang ghanimah.
Hadis sebagai Nasikh Hukum,Ulama sepakat mengatakan Al-Quran harus menasakhkan nas Al-Quran yang lain apabila dilalah kedua-duanya adalah sama kerana ia dikira sebagai sama dari segi kekuatannya.
Contohnya seperti ayat Alquran dalam surah Al-Baqarah,ayat 180:
كتب عليكم إذا حضر أحدكم الموت ان تراك خيرا الوصية للولدين والأقربين بالمعروف حقا على المتقين.( ١٨٠)
Terjemahan :Kamu diwajibkan ,apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara baik (menurut peraturan agama),sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.
Hukum wajib berwasiat tersebut dinasakhkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud dan Tirmizi.
لا وصية لوارث
Terjemahan :Tiada wasiat untuk waris
Hadis berperanan membawa hukum baru,bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum yang tiada dalam Alquran,contohnya seperti bayi tabung uji.Hukum tentang bayi tabung uji tidak timbul pada zaman Rasul,namun ia masih timbul pada masa kini.
Seterusnya hadis membawa hikmah sebagai pedoman,untuk umat Islam menjadikan sebagai panduan hidup mereka.